KEINDAHAN PULAU SEBANGKAT SEMPORNA YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI..




HALOOO..AIE HABBAL MUNDUSIA SAMPULNA…???
Nah, Seperti yang kamu tahu Semporna merupakan sebuah daerah pelancongan yang bukan sahaja terkenal di dalam Negara akan tetapi luar Negara juga. Boleh dilihat pada pulau-pulau yang yang sangat terkenal seperti Pulau sipadan,mabul, pulau bohey dulang, kapalai dan sebagainya. Namun, kami tidak bercerita mengenai pulau-pulau yang telah disebut sebentar tadi tetapi pulau ini mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang bertapa indah dan mempunyai air laut yang jernih yang mana ia setaraf dengan pulau-pulau yang lain di Semporna.



Ok tanpa bercerita panjang mari kami berikan sedikit informasi mengenainya. Pulau Sebangkat merupakan salah sebuah pulau yang yang terletak di Taman Marine Tun Sakaran. Pulau Sebangkat juga merupakan pulau yang paling hampir dengan Semporna yang mana ia mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk sampai menaiki bot laju.


Jadi apa keindahan Pulau sebangkat? Terdapat banyak keindahan dan keistimewaan tersendiri antaranya:


1. Pelbagai jenis terumbu karang yang bertaraf dunia sesuai untuk aktiviti menyelam.

2. Keindahan permandangan yang cukup menakjubkan. Jika berada di hadapan Pulau tersebut kita akan lihat Bandar Semporna daripada jarak jauh, pada bahagian belakang pula dapat dilihat pulau di sekelilinya seperti Pulau Boheydulang, Selakan, Pulau Gaya, Sibuan dan Maiga.

3. Mempunyai tiga warna laut yang menakjubkan iaitu memiliki air laut yang jernih, warnanya bukan hanya biru tapi terdapat warna biru tua, biru muda dan kehijauan namun ia mengikut dengan keadaan cuaca.

4. Antara tempat penanaman rumpai laut yang terbesar di Sabah mungkin juga Malaysia.

5. Kepelbagaian spesis hidupan laut yang unik.

6. Mempunyai pasir yang unik: Terdapat pasir halus lembut, sederhana sehingga ke batu-batuan yang membuatkanya cukup istimewa.

7. Berpotensi besar dalam industri pelancongan seperti Resort dan Homestay.

8. Satu-satunya pulau di antara lapan buah pulau Taman Marin Tun Sakaran yang mempunyai pemilik geran sah selepas diwartakan oleh kerajaan negeri sabah pada tahun 2004.


Jadi apa yang ingin kami ketengahkan disini adalah kekayaan pulau-pulau di Semporna yang mempunyai keistimewaanya tersendiri yang mana masyarakat semporna haruslah berbangga dan sentiasa menyokong segala aktiviti pelancongan dengan mempromosikanya sekaligus dapat menjana pertumbuhan ekonomi daerah Semporna.


Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Email :
sebangkatisland@yahoo.com
Instagram : @Tunsakaran.marinepark



Lagi gambar Pulau Sebangkat..












Comments

Popular posts from this blog

POTENSI SEMPORNA LAHAT KALASAHAN: TAMAN MARINE TUN SAKARAN